Awie kena buatan, Jarum, Bulu Ayam Keluar Dari Mulut



IPOH – Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.
Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.
“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.
“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.
“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. – MyMetro

2 comments :

  1. saya suka mencadangkan (terpulang pada keluarga awie dan pembaca yg ada kes serupa nak pergi atau tidak) pada seorang ustaz yang serba tahu (dengan izin Allah) menilai, mencari penawar dan mengusahakan perubatan dalam ilmu-ilmu hitam macam Awie kena. Ustaz ni tidak minta duit tetapi dah berubat tu faham-fahamlah takkan nak terima kasih sahaja... : Ustaz Adi Wijaya bin Iskandar, Kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu pahat, Johor Darul Ta'zim.Kalau susah cari alamat tu tanyakan kat area rengit kedai bakso kg belahan tampok. orang tempatan mesti tau punya...

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol