’Facebook’ Datuk Seri Najib Versi Cina.



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka satu lagi akaun Facebook baru yang diberi nama ‘Ah Jib Gor’ yang membawa maksud ‘Abang Najib’.

Facebook baru itu diwujudkan dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih mesra dan meluas menerusi laman sosial.
Selain itu, Facebook ‘Ah Jib Gor’ itu juga dilihat sebagai satu forum atau medium kepada para pengguna laman sosial untuk mengenali Najib dengan lebih mendalam sebagai insan biasa dan bukannya sebagai Perdana Menteri semata-mata.
Tinjauan MyNewsHub ke laman sosial terbabit mendapati hampir lebih 500 rakyat sudah pun melayari laman itu.
Namun begitu, lumrah hidup, pasti ada yang ‘dengki’ dan berfikiran negatif dengan inisiatif Perdana Menteri itu.
Ada di antara pengikut laman sosial terbabit yang seakan-akan cuba  untuk ‘menjatuhkan’ dan memberikan maklum balas negatif terhadap niat murni Najib.
Seperti komen seorang pengikut laman sosial itu;
“Aiyoo..ah jib gor..how come your newspaper The Star reported 1722 ‘likes’ as of 4.30pm yesterday?? Don’t fool us again la.. we NO stupid..it’s only 614 ‘likes’ as at 12.12pm today,” – Ksr Ipoh Mali Ksr.
Ada juga dikalangan pengikut laman sosial itu melihatkan nama yang digunakan itu adalah tidak sesuai memandangkan ia membawa maksud yang ‘pelik’ iaitu ‘Abang Najib Ayam’.
“Dear prime minister, i seriously,firmly and strongly recommend changing the mandarin name…the words are just wrong~,”  – An Son
“why ??? ? it means “that Chicken brother”,” – Lim Sk
Walaupun usaha murni Najib dilihat mungkin tidak ‘berhasil’, penulis pasti Perdana Menteri kita tidak akan berputus asa dan akan lebih bersemangat untuk memberikan perkara yang terbaik untuk rakyatnya.
Sebagai rakyat yang sudah pun hidup di negara yang aman dan damai ini, sama-samalah kita menyokong dan sentiasa memberikan tindakan yang sewajarnya kepada Perdana Menteri kita agar beliau dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol