TAGGED UNDER: , ,

Fazura Nafi Bergaduh Dengan Neelofa



KUALA LUMPUR – Pelakon dan model terkenal, Fazura menafikan dia bergaduh atau berselisih faham dengan Neelofa apabila mereka dikatakan berbalas-balas status ‘panas’ dalam laman sembang Twitter sehingga menarik perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Pelakon filem Pisau Cukur ini pada mulanya bertanya siapakah pelakon yang dimasudkan itu apabila ia ditimbulkan oleh seorang wartawan akhbar tabloid harian tempatan, tetapi selepas diasak oleh Fazura beberapa kali wartawan terbabit akhirnya mendedahkan nama artis tersebut.
Sejurus selepas nama Neelofa disebut selepas sidang akhbar selepas majlis pratonton filem terbaru lakonan berjudul Bujang Terlajak Belum Terlambat di pawagam GSC Signature, The Gardens di sini semalam, Fazura dalam nada bersahaja sambil tersenyum berkata:
“Saya tidak ada bergaduh dengan sesiapa. Saya hanya bercakap tentang diri saya sahaja. Bagaimanapun kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang saya tulis dalam Twitter itu terpulanglah. Neelofa? Tak adalah, saya bercakap tentang diri saya.
“Malah, kalau ada pihak yang syok sendiri maka terpulanglah juga,” komennya ringkas tetapi penuh bermakna di hadapan kira-kira 10 wartawan yang mengerumuninya selepas sidang akhbar pratonton filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen tersebut.
Menerusi filem terbitan Line Clear Motion Pictures yang akan ditayangkan mulai 19 Januari ini di 75 pawagam seluruh negara itu, Fazura turut berlakon bersama ramai pelakon popular seperti Saiful Apek, Johan, Nabil Raja Lawak, Mustafa Kamal serta Susan Menon.

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

PING BUSUK

IKLAN

Pop up

Proudly Powered by Blogger.