Hari Tanpa Seluar Di Taiwan



Budaya barat sememangnya terlalu jauh dengan budaya Asia yang penuh dengan adat resam dan ikutan tuntutan agama.

Pun begitu, tidak dapat dinafikan kadang-kadang remaja di zaman sekarang mudah terikut dan terperdaya dengan budaya barat yang terlalu terbuka dalam mengamalkan sesuatu perkara termasuklah dari segi muzik, pakaian dan sebagainya.
Terbaru, di negara Taiwan, sebuah syarikat komunikasi tanpa segan silu mewujudkan hari tanpa seluar di negara itu. Kononnya ia sebahagian daripada kempen untuk memperkenalkan kembali sebuah jenama sukan yang terkenal. Mungkin ini cara barat membawa masuk budaya mereka ke negara-negara Asia.

Sebelum ini, budaya ini kerap dijadikan amalan tahunan di bandaraya seperti New York.

Memang agak mengejutkan tentang perkara itu di mana kebanyakan rakyat yang mengamalkan ikutan berkenaan adalah golongan wanita.
Mereka langsung tidak malu, malah seakan-akan gembira berjalan di khalayak ramai dengan hanya memakai seluar dalam.


Diharapkan remaja negara kita tidak akan ‘terjebak’ dengan budaya seperti itu memandangkan negara kita adalah sebuah negara demokrasi dan hidup aman dengan pelbagai kaum, budaya, bangsa dan berbilang agama.
Yang mana buruk itu, eloklah kita jauhi dan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi insan yang sentiasa maju untuk kesenangan di masa hadapan.
Semoga ini mampu menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.

Oleh: NAIMAH SHAARI

1 comment :

  1. adeh! penangan perang psikologi. mcm nilah. huhuhu!

    http://kisahtaksempurnadariku.blogspot.com/2012/01/world-bloggers-and-social-media-awards_2110.html

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol