Video ‘Bunyi Aneh Dari Langit’

Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Iktibar, Pengajaran




KUALA LUMPUR – ‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.
“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…
“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” 


Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.



kredit ZAMZUKHAIRI NOORDIN

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol