Filem ‘Azura 2012’ Gagal Kutip Keuntungan?



KUALA LUMPUR – Filem ‘Azura 2012’ hasil arahan pengarah ternama, Aziz M. Osman yang menampilkan pelakon muda, Shahrizal dan Neelofa ternyata tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan segala perbelanjaan pembikinan filem itu.

Filem itu yang merupakan asal lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud pada suatu ketika dahulu memang menjadi kegilaan ramai tetapi tidak mendapat sambutan meskipun banyak menggunakan Paris sebagai lokasi utama.
Dalam filem itu, Aziz telah mengeluarkan kos pembikinan sebanyak RM1.8 juta tetapi kutipan keuntungan hanyalah sebanyak RM0.61 juta, tiga kali lebih rendah dari kos produksi.
Ramai yang beranggapan walaupun Aziz mengetengahkan pelakon terkenal seperti Shahrizal dan Neelofa untuk mendukung watak utama, kedua-dua pelakon itu dikatakan gagal untuk menghayati watak dan tidak mampu memberikan impak emosi kepada penonton.
Menerusi komen penonton di lama blog hiburan Oh Bulan!, seorang peminat telah memberikan komen mengenai jalan cerita itu yang dikatakan ‘kosong’ dan tiada apa-apa keistimewaan.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol