Konsert Avril Lavigne live in Malaysia



Lebih 14,000 orang telah membanjiri Stadium Merdeka malam tadi untuk konsert Avril Ramona Lavigne sempena lokasi terakhir konsert jelajah ‘Black Star Concert Live In Malaysia 2012′. Konsert berkenaan dipersembahkan oleh TuneTalk dengan kerjasama JS Concert Productions. Walaupun semalam hujan renyai-renyai tetapi tidak menghalang peminatnya untuk terus menyaksikan persembahannya



Diantara senarai lagu nyanyian Avril Lavigne di The Black Star Tour Concert:
1. Blackstar
2. What the Hell
3. Ska8er Boy
4. He Wasn’t
5. I Always Get What I Want
6. Alice
7. When You’re Gone
8. Wish You Were Here
9. Unwanted/Musical Piece
10. Girlfriend
11. My Happy Ending
12. Don’t Tell Me
13. Smile
14. I’m With You
15. Airplanes – bersama Hailey Williams (vokalis kumpulan Paramore)
16. Pumped Up Kicks
17. Complicated

Walaupun mempunyai daya tarikan yang sangat kuat tetapi aksi penampilan Avril agak bercelaru didakwa kerana membuat persembahan dalam keadaan mabuk. Kualiti vokal dan staminanya goyah.
Menjelang pertengahan konsert, kualiti nyanyiannya kedengaran teruk dan tidak menentu. Kekurangan itu ketara kerana Lavigne bukan hanya gagal untuk menyanyi dengan baik, malah dia kelihatan hilang fokus pada persembahan tersebut.
Namun begitu, dia tetap berjaya mendominasi tumpuan segenap pelusuk stadium menerusi 17 rangkaian lagu. Ternyata, Avril cukup bertuah kerana memiliki aura dan pesona yang menjadi penyelamat konsert. Terima kasih juga kerana para penonton yang menyanyi bersama lagu-lagu popularnya mampu menutup sedikit kecelaan tersebut.
Avril Lavigne menamatkan persembahannya pada malam tadi dengan lagu yang memperkenalkannya kepada persada muzik iaitu Complicated. Secara amnya, kualiti persembahan bekas isteri kepada vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley ini tidaklah segah nama dan popularitinya.
Sejak menceburi bidang nyanyian pada 2000, Lavigne sudah menghasilkan empat buah album studio iaitu Let Go (2002), Under My Skin (2004), The Best Damn Thing (2007) dan terbaru, Goodbye Lullaby.

kredit= ohahtis.com

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol