Download Windows 8 Consumer Preview



KUALA LUMPUR – Microsoft Windows 8 Consumer Preview kini boleh didapati untuk dimuat turun, mulai hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata Windows 8 akan menawarkan pengalaman yang lebih mantap untuk menguji sistem kendalian paling popular di dunia itu dan boleh didapati oleh lebih ramai orang.

Presiden Microsoft’s Windows dan Windows Live, Steven Sinofsky, berkata Windows 8 akan membawa pendekatan tanpa kompromi terhadap penggunaan komputer peribadi (PC).
“Dengan Windows 8 syarikat ini membayangkan semula cara-cara berbeza orang berinteraksi dengan PC masing-masing dan bagaimana menjadikan segalanya seperti lanjutan semula jadi peranti, sama ada menggunakan tablet Windows 8, komputer riba atau semua-dalam-satu,” katanya.
Microsoft berkata muat turun ini disediakan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun dan bahasa Cina mudah.
Maklumat lanjut tentang Windows 8 dan cara-cara memuat turun Consumer Preview boleh didapati di http://preview.windows.com atau http://windowsteamblog.com. – BERNAMA

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol