LONDON – Samsung Electronics hari ini
mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London
bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah
alih terlaris di dunia.
Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8
inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon
pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat
berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.
Menurut Samsung, walaupun mempunyai
skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model
sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah
kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan
pengaktifan suara yang dipertingkatkan
Model baru itu juga menggunakan sistem
operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong
kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. – AFP
No comments :
Post a Comment