Osman Kering meninggal dunia




Al-Fatihah...Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering. Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.

Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah “Kantoi”, “Senario The Movie Episod 1″, “Tentang Bulan” dan “Man laksa”.


Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.
“Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti,” katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. – Bernama

p/s:al-fatihah

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol