Sepanyol akan berlawan dengan Portugal




JUARA bertahan, Sepanyol menempah pertemuan separuh akhir dengan Portugal apabila mereka berjaya menewaskan Perancis 2-0 pada aksi suku akhir Euro 2012, awal pagi tadi.
Dua jaringan menerusi Xabi Alonso sudah cukup membuatkan jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque gembira dengan penguasaan ditunjukkan anak-anak buahnya pada pertembungan dengan Perancis itu.
Lebih bermakna, ia merupakan caps ke-100 buat Alonso yang meletakkan Sepanyol di hadapan pada minit ke-19 menerusi tandukan hasil hantaran Jordi Alba sebelum pemain tengah itu menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung perlawanan.
“Kenyataannya, kami sudah melakukan yang terbaik dan menguasai sepenuhnya perlawanan. Penjaga gol kami, Iker Casillas tidak perlu bekerja keras dan ia menunjukkan betapa pertahanan kami beraksi dengan cukup baik.
“Kami semakin hampir untuk mengekalkan kejuaraan, dengan syarat barisan depan perlu mencipta lebih banyak peluang menjaringkan gol,” kata del Bosque.
Menjelang pertemuan dengan Portugal, pengendali Sepanyol itu berkata: “Kami kurang dua hari rehat berbanding mereka dan saya perlu memikirkan hal ini.”
Suku akhir terakhir menemukan England dan Itali bakal berlangsung jam 2.45 pagi esok.
kredit– mynewshub.my

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol