Zack berdepan dengan hukuman gantung sampai mati



Seorang ahli dan juga pemain bass kumpulan itu, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau lebih dikenali sebagai Zack berdepan dengan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Menurut laporan dari Harian Metro hari ini, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari.
Sebelum ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang terdengar bahawa kehidupan Zack terlalu ‘mewah’ dan ramai yang mempersoalkan tentang pekerjaannya.
Ada yang mengatakan dia menjual dadah? Betulkah tanggapan ramai pihak selepas Zack tertangkap sekarang ini?

kredit:: NAIMAH SHAARI

3 comments :

  1. errr siapa dia ni? dari kumpulan mana yee? tp kalau betol laa mengedar dadah.. saya sangat kecewa~ nak kaya senang jeee... !

    -belia benci dadah-

    LIKE! me:Nur Diana's Collections:Fampage

    ReplyDelete
  2. kalau dah kena tangkap tu memang confirm la dah betul..muka pon tersebar kat akhbar dengan tangan bergari...

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol