Bonus Raya untuk Penjawat Awam




KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama






Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.
Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.
Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bonusraya/Article/index_html
http://www.forblogger.net/2012/07/bonus-raya-penjawat-awam-2012.html


p/s: ada ker dapat bonus tahun ni huhuhu...


No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol