Kerajaan Selangor beri bonus raya 2012




Selangor beri bonus raya - Kerajaan negeri selangor semalam meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persediaan sempena Aidilfitri yang bakal menjelma.


Kerajaan Selangor turut meluluskan bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.
Menurut Khalid, pemberian bonus kali ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” katanya.

kredit:http://digg.com

1 comment :

  1. huuuu...
    student tak dapat duit raya ker?
    huhuhuhuhu

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol