Kereta Zizan dilelong




Sebuah kereta yang diguna oleh Zizan untuk aksi ‘drift’ dalam pembikinan filem Mael Lambong yang akan dilelong.Kereta berjenama TOYOTA SOARER E MZ II binaan tahun 1982 yang mampu melakukan aksi drift dibuka dengan harga permulaan lelong sebanyak RM5,000.

Pengarah filem Mael Lambong, Ahmad Idham melakukan lelong kereta drift itu hanyalah kerana ingin menghargai peminat-peminat cerita itu memandangkan kutipan filem Mael Lambong amat memberangsangkan.
Mana tidaknya, kutipan untung filem tersebut sudah mencecah RM5 juta sehingga hari ini!
Jadi, ada sesiapa ‘bran’ nak cuba dapatkan kereta drift yang pernah dipakai oleh Zizan?
Sekiranya anda di luar sana berminat, bolehlah melayari laman http://goo.gl/PJA8B untuk keterangan lanjut.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: buahmulut.com

2 comments :

  1. cite nie best sangat2, lawak cume itu la, ada yang agak melucah sikit.. hehehehe....wow, RM5000 je permulaan??

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol