Jalan jem di highway Utara Selatan



Jemm Di KL menuju ke Ipoh memang sesak teruk. Sehingga ada yang berhenti , dan keluar dari ketika sebab terlampau sesak.





KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan semakin banyak kenderaan meninggalkan ibu negara untuk ke destinasi sempena sambutan Aidilfitri.
Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menghala ke utara antaranya dari Slim River menuju ke Sungkai, dari Tapah menuju ke Gopeng dan dari Seberang Jaya menuju ke Bayan Lepas. 
Aliran trafik turut perlahan disebabkan berlakunya kemalangan kecil di kilometer 252.7 dari Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, katanya.

Aliran trafik menuju ke arah selatan masih lancar walaupun menunjukkan pertambahan kenderaan, katanya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menuju ke Pantai Timur seperti dari plaza tol Gombak menuju ke Karak dan dari susur keluar Genting Sempah menuju ke Karak.

Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutamanya di Lebuhraya Damansara-Puchong dari Bandar Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan.

"Secara keseluruhan trafik pada waktu pagi masih terkawal," kata jurucakap itu.

Beliau berkata LLM menjangkakan trafik akan mula sesak selepas waktu solat Jumaat disebabkan orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota menuju ke kampung halaman masing-masing. - Bernama

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

PING BUSUK

IKLAN

Pop up

Proudly Powered by Blogger.