Pelakon Home Alone ada 6 bulan lagi




Masih kah ingat pelakon Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.

Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.
Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.
“Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.

Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol