Bajet 2013: Cuepacs harap bonus satu setengah bulan
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
"Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman.
"Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000.
"Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000," katanya.
Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.
Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.
Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia.
"Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam," katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...-bulan-1.88689
Labels:
bonus 2013
,
bonus cuepacs
,
bonus penjawat awam 2012
,
penjawat awam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment