Menjana pendapatan melalui internet merupakan satu
fenomena biasa zaman ini. Ramai orang sudah bercakap tentang perihal sumber
pendapatan melalui internet sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Juga
ramai yang sudah berjaya dengan pendapatan yang melebihi daripada makan
gaji.
Jika anda baru mula hendak berjinak-jinak dengan menjana pendapatan melalui internet, ada banyak sumber yang anda boleh peroleh melalui internet itu sendiri. Secara asasnya jika anda berminat untuk menambah sumber pendapatan melalui internet, anda perlu terlebih dahulu dapatkan maklumat secara percuma. Jangan terus membeli sebarang panduan, e-buku, laporan atau apa saja sumber maklumat yang menjanjikan janji-janji manis seperti duduk diam dapat duit, 10 hari lima angka atau apa saja yang nampak terlalu indah khabar dari rupa.
Sepertimana sumber pendapatan lain, menjana pendapatan melalui internet bukanlah semudah goyang kaki dapat duit. Anda perlu ada ilmu, melaksanakan ilmu itu, berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun, jika anda benar-benar mahu melakukannya, lakukan dengan penuh dedikasi pasti anda akan beroleh apa yang dihajati.
Antara yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan melalui internet ialah:
1. Menulis blog
Anda akan mendapat pendapatan daripada pengiklanan. Jika ramai pengunjung dan pembaca blog anda maka ia memang menguntungkan.
2. Menjual di laman web lelongan seperti www.lelong.com.my dan www.ebay.com.my
Jika anda ada sesuatu barang yang boleh dijual dan tidak mahir membina laman web, ini satu cara mudah untuk menjual barangan anda. Mudah untuk menjual bukan bermakna terjamin barangan anda dijual. Pelajari selok-beloknya barulah anda boleh mendapat hasilnya.
3. Membina laman web kedai online anda sendiri
Jika anda mahir membina laman web atau ada modal untuk mengupah pereka laman web, anda boleh menjual barangan anda melalui laman web.
3. Menjual servis secara online
Jika anda ada kemahiran yang dikehendaki oleh orang lain seperti mereka laman web, membuat grafik, menulis artikel, dan sebagainya, anda dapat menjual servis anda secara online kepada sesiapa sahaja di mana sahaja. Segala urusan seperti bayaran dan komunikasi boleh dibuat melalui talian tanpa berjumpa.
4. Menjadi agen/affiliate produk orang lain
Melalui internet, anda boleh mempromosi produk orang lain. Anda akan diberi komisyen jika ada yang membeli melalui link affiliate anda. Antara laman web yang anda boleh kunjungi untuk jadi affiliate ialah http://www.jomniaga.com
Inilah di antara cara menjana pendapatan melalui internet yang boleh anda lakukan. Setiap satu cara ini ada banyak lagi yang anda perlu pelajari bagi menjana pendapatan melalui internet yang anda idamkan. Namun, jika orang lain boleh lakukan kenapa tidak anda.

sumber:http://janapendapatanmelaluiinternet.blogspot.com
thanks for the information
ReplyDelete