Kuala Lumpur – Wang RM50,000 milik pelakon Lisa
Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM)
mereka ditukar.
Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti
Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin
mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin
juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki
simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki
berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran
wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia
diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan
dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.
“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani
tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,”
katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.
“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - mStar Online

No comments :
Post a Comment