Gambar yang diambil itu seperti menunjukkan Rosyam berada di sebuah perkarangan rumah.
Tidak dinyatakan maklumat lanjut mengenai perkara ini, tetapi tidak mustahil juga untuk Rosyam membeli kereta berkenaan.
Nampaknya rezeki Rosyam semakin melimpah ruah terutamanya apabila drama arahannya Setia Hujung Nyawa mendapat perhatian ramai.
Menerusi Kosmo, Rosyam, 46, menyatakan,
“Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin
saya mampu membelinya.
“Saya bersyukur atas segala rezeki yang
telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang
diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki
kereta tersebut,” katanya.
Sebaliknya pelakon dan penerbit itu menjelaskan
kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya
dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal
ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
Nampaknya tuan punya badan sudah pun membuka
mulut memberi keterangan sebenar mengenai status kereta mewah tersebut.
Diharapkan semua pihak tidak terus membuat
bermacam-macam spekulasi selepas mendengar penjelasan aktor tersebut.
Oleh: JULIANA JOHAR
No comments :
Post a Comment