Iklan Hari Raya PETRONAS 2013



Iklan arahan Quek Shio Chuan dan dibantu kira-kira 40 krew produksi menjadikan Behrang Station di Perak sebagai lokasi penggambaran selama tiga hari.

Quek berkata tukang jahit dipilih sebagai watak utama dalam iklan kali ini kerana mereka merupakan orang paling penting dan sibuk menjelang sambutan Hari Raya.

"Tukang jahit sangat penting dan menjadi tumpuan setiap kali Hari Raya, jadi kita tonjolkan tukang jahit kali ini dan hubungan ibu dengan anak yang sentiasa berusaha untuk berjaya.

"Behrang Station pula dipilih kerana lokasi itu mempunyai banyak kedai jahit terutama yang tradisional dan klasik," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran iklan itu di Kampung Dato Hormat di Sabak Bernam sempena program Sentuhan Kasih Ramadan PETRONAS 2013.

'Jahit' ditayangkan mulai Jumaat malam dengan versi televisyen dipendekkan kepada satu minit.

Iklan Hari Raya PETRONAS sentiasa menjadi perhatian dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh masyarakat Islam kerana sering membawa mesej yang menyentuh perasaan.

Antara iklan Hari Raya PETRONAS yang pernah diarahkan allahyarham Yasmin Ahmad ialah Janda Anak Tujuh, Ombak Jahat, Burung Apa dan Aku Ingin Pulang yang sarat dengan kisah mengenai kekeluargaan








______________________________________________

Untuk dewasa sahaja

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol