Wang kertas kertas akan di kurangkan



BANK Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini.

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar.



“Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baru untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan.

“Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain,” katanya.

Menurutnya, BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baru RM1 dan mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40 peratus wang kertas baru RM5.

Katanya, wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang polimer
RM5 terbukti berkesan.

Katanya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai duit raya kerana hanya wang berkualiti tinggi di kitar semula.

“BNM akan pastikan wang kertas dan polimer mencukupi dalam semua denominasi bagi memenuhi permintaan musim perayaan ini.

“Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik,” katanya. - Bernama









No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol