Ratu Rock kembali!



SETELAH sekian lama tanpa buah tangan baharu, kini ratu rock, Ella kembali dengan dua single duet, Pilu dan Risalah Hati yang bakal berada di pasaran pertengahan April ini.

Kedua single ini dinyanyikan bersama penyanyi dari Indonesia yang dikenali sebagai Anji.

Pengarah Domestik Universal Music Malaysia, Saudara Mujahid Abd Wahab berkata, Anji dipilih kerana vokalnya lebih sesuai dengan pembawaan genre rock mirip muzik nyanyian Ella.

"Vokal Anji amat sesuai dengan lagu yang kita pilih dan kedengaran cukup serasi dengan vokal Ella.

"Kita juga memilih Anji kerana populariti yang dibawa seiring dengan Ella," katanya. Lagu gubahan, tulisan dan terbitan Adi Priyo
(vokalis 6ixth Sense) ini merupakan sebuah lagi produksi dan usaha terbaharu syarikat rakaman Universal Music Malaysia untuk mengembangkan lagi bakat-bakat tempatan di persada antarabangsa khususnya Indonesia.

Susunan muzik untuk kedua-dua lagu ini disusun oleh Alfa Booty dan proses rakaman bakal dilakukan di Malaysia dan Indonesia.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol