Drama Aku Isterinya (Aku Istrinya) adaptasi dari novel Aku Bukan
Mistress ini bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis
pukul 7 malam. Arahan Fairuz Loy, terbitan GLOBAL STATION, pelakon
Mikail - Izzue Islam, Mya Arlissa - Anzalna Nasir, Adam - Syazwan
Zulkifli, Lisa - Elizad Sharifuddin, Datuk Luthfi - Eizlan Yusof, Datin
Adiba - Marissa Jasmin, Mardiana Alwi.
Sinopsis, Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam.
Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya.
Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya
tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya
tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan
ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan
bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang
kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati
dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap
Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru.
Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang.
Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda
dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi
bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat
janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan…
cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka
melagukan rentak yang sama?
Kredit sumber: Kepala Bergetar
No comments :
Post a Comment