Harga rasmi iPhone 6 bagi Syarikat Telekomunikasi Maxis, Celcom & DiGi.



Tiga syarikat telekomunikasi mengesahkan akan memasarkan iPhone 6 dan 6 Plus pada 7 November ini iaitu Maxis, Celcom dan DiGi.


Manakala U Mobile akan mengikut jejak langkah tersebut dengan memasarkannya kira-kira dua minggu selepas tiga syarikat itu menawarkannya di pasaran.

Maxis dikatakan syarikat paling banyak menempah iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan sejumlah 150,000 unit untuk kedua-duanya. Sumber dalaman syarikat-syarikat telekomunikasi itu menyebut stok akan tiba melalui kapal di Pelabuhan Klang pada 2 November 2014 dan dijangka mendapat pelepasan kastam pada hari yang sama sebelum masuk ke lokasi penyimpanan masing-masing selewat-lewatnya 4 November 2014.

Harga iPhone 6 dan 6 Plus di Malaysia seperti berikut:

iPhone 6:
16 GB – RM2,399
64 GB  – RM3,149
128 GB –  RM3,599

iPhone 6 Plus:
16 GB – RM2,999
64 GB  – RM3,348

128 GB – RM3,848

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol