Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan gajet Apple baru, iPhone 6 dan 6 plus seawal 7 November dengan syarikat telekomunikasi terkemuka, DiGi paling awal memperkenalkannya dalam laman web mereka digi.com.my/iphone.
Pelanggan DiGi boleh menempah iPhone 6 dan 6 plus daripada syarikat itu bermula 31 Oktober dan ia akan mengepos peranti paling awal sampai ke tangan pelanggan pada 7 November 2014.
Kedua-dua iPhone 6 baru ini dilengkapi paran Retina HD yang baru. iPhone 6 memiliki resolusi 1334 x 750 manakala resolusi untuk iPhone 6 Plus pula ialah 1920 x 1080. Rekabentuk iPhone 6 juga lebih nipis dari iPhone 5S iaitu iPhone 6 hanya senipis 6.8mm manakala iPhone 6 Plus 7.1mm.
Butang kuasa kini terletak pada kanan telefon, berbeza dengan sebelum ini apabila ia terletak di atas. Ini bagi memudahkan capaian menggunakan sebelah tangan, kerana penambahan saiz skrin.
No comments :
Post a Comment