Sistem operasi baharu, Microsoft namakan Windows 10


SAN FRANCISCO: Versi terkini sistem operasi Microsoft akan dikenali Windows 10, sejajar keputusan syarikat itu untuk melangkau versi ke-9 bagi memperlihatkan kepada pengguna penekanan kepada peranti mudah alih dan perkhidmatan internet.

Versi sedia ada iaitu Windows 8, sering dipersendakan pengguna kerana memperkenalkan terlalu banyak perubahan radikal. Justeru, Microsoft menampilkan kembali beberapa aplikasi tradisional sekali gus menjanjikan Windows 10 akan lebih mudah digunakan tidak kira versi mana yang digunakan sekarang.
Sebagai contoh, menu pemula (start) dalam Windows 10 akan kelihatan sama seperti yang ditemui pada Windows 7 tetapi penampilan kekotak pemula akan kelihatan seperti yang ditemui pada Windows 8.
Naib Presiden Korporat (Kumpulan Sistem Operasi), Joe Belfiore, berkata Windows 10 akan membolehkan pengguna kemudahan penggunaan seperti Windows 7 tetapi menikmati pelbagai kelebihan yang ada pada Windows 8.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol