BANJIR: Pelajar, murid sekolah terima bantuan RM100




Pelajar dan murid sekolah di negeri dilanda banjir bakal menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100, dalam tempoh seminggu lagi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu dapat mengurangkan bebanan golongan ibu bapa yang pastinya memerlukan belanja besar berikutan terpaksa menempuh musibah berkenaan.

"Kita harap bantuan ini dapat sedikit-sebanyak membantu ibu bapa melakukan persediaan untuk anak mereka ke sekolah.
"Selain itu, tempoh cuti persekolahan yang dilanjutkan seminggu sehingga 10 dan 11 Januari 2015, tidak perlu diganti.
“Jika dalam tempoh itu banjir masih melanda, mungkin ia dilanjutkan lagi, bergantung kepada keadaan," katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior, Paka, di sini, tengah hari tadi.
Sebelum itu, beliau sempat melawat mangsa banjir di Kampung Durian Mentangau, di sini.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol