Apple Mengemaskini Harga Jualan Peranti – iPhone 6 Kini RM2702, iPhone 6 Plus Bermula RM3126






Apple akhirnya mengemaskini harga terbaru bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus selepas pelaksanaan GST bermula pada 1 April 2015. Harga baru ini menampakkan peningkatan ketara dengan model base iPhone 6 versi 16GB, ia membawakan harga RM2702, sementara untuk 64GB pula harga RM3126, dan versi 128GB kini mencapai harga RM3550.

Untuk iPhone 6 Plus pula, versi asas 16GB ditawarkan pada harga RM3126, versi 64GB pada harga RM3550 dan versi 128GB pada harga RM3974.
Selain telefon pintar, tablet Apple juga memperlihatkan peningkatan harga, dimana iPad Air 2 kini dijual pada harga bermula RM1695, sementara iPad Mini 3 pula dijual pada harga RM1356.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol