ELAUN GURU BESAR & PENGETUA NAIK MULAI 1 JULAI



Kerajaan dilaporkan bersetuju menaikkan elaun pengetua dan guru besar mulai 1 Julai depan bersempena dengan sambutan Hari Guru.

Kenaikkan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melihatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar.

Elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan dari RM150 ke RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah pula dinaikkan dari RM100 ke RM200 sebulan.

"Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025," katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru 2015 peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana telah memberikan persetujuan terhadap cadangan Kementeriannya untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar.

kredit: bernama

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol