Sinopsis 'Mad Max: Fury Road'




Kepada yang kata tak perlu menonton filem² terdahulu Mad Max sebelum ke pawagam layan 'Mad Max: Fury Road', tanggapan anda salah. Anda perlu menonton kesemua hasil Mad Max karya George Miller untuk menghargai & memahami kenapa filem ini mengambil masa 30 tahun untuk kembali ke layar perak.
'Mad Max 2: The Road Warrior' (1981) juga boleh menjadi rujukan pelajar akedemi² filem supaya sedar dari mana asal-usulnya kehebatan aksi kejar mengejar dalam filem² 'Fast & Furious' & dari mana pengarah² Quentin Tarantino atau Robert Rodriguez mendapat inspirasi sebelum memulakan karier mereka.

'Mad Max: Fury Road' mengisahkan kejatuhan tamadun manusia menjadikan sebahagian besar Australia diliputi padang pasir menjadikan orang ramai dahagakan air, minyak & darah untuk kekal hidup. Seperti biasa Max Rockatansky (Tom Hardy) terperangkap dalam situasi yang janggal diantara perbalahan antara ketua tentera kejam Immortan Joe (Hugh Keays-Byrne) & pemandu hebat War Rig: Imperator Furiosa (Charlize Theron). Furiosa menyeludup keluar kargo rahsia, merupakan barangan paling berharga milik Immortan Joe.

Plot diatas sebenarnya sebahagian kecil dari keseluruhan filem ini, sebenarnya skripnya sangat nipis tetapi storyboard berkali-kali ganda tebal (1,465 storyboard : 3,454 panel). Walaupun kualiti lakonan sungguh berkesan, tidak dapat dinafikan 'Mad Max: Fury Road' tercipta hanyalah untuk aksi lasaknya. Namun begitu, aksi dalam ensiklopedia minda George Miller bukanlah aksi tak berakal yang selalu kita tonton dalam filem blokbuster Hollywood yang tak henti letupan & peluru bertebangan.

Saksikan 'Mad Max: Fury Road' dipawagam berhampiran anda dalam versi IMAX 3D & D-BOX edaran WARNER BROS. PICTURES.

*rugi kalau tak tengok lagi, memang best,

kredit : facebook WARNER BROS. PICTURES

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol