Bayaran bantuan khas kewangan Sempena Raya



Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah. Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran. Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250

Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya


sumber : bharian

3 comments :

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol