SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA





Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.

“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.

Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.

“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif.

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.



Drama terbaru adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja nukilan Pena Kayu diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, dan Hafreez Adam. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid. Nantikan drama romantik komedi ini yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada bulan Disember nanti.


JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Disember 2015, Isnin-Khamis jam 10 malam
SIARAN : Astro Ria
NOVELIS: Pena Kayu
SKRIP: Wan Mahani binti Wan Hassan
PENGARAH : Keoi Haji Khalid
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif
PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi


WATAK PELAKON
Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda



kredit ; infotaip

2 comments :

  1. Wahhhh...ada amar bahrin!! suka2.. mesti ada amyra rosli klau ada amar bahrin.. gandingan meletopss.

    ReplyDelete
  2. yup..nanti leh tengok kat tv..:)

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol