Puan
Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga
bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon
pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.
Oleh
kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak
berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang
cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu
Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang
disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan
dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Di
sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah
menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti
sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan
penyamaran itu.
Namun,
hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main.
Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu
Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam
keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya
terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...
“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL
Tuan
Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan
Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan
bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah
menukar hasratnya dan memilih...
Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL

Ayu Maisarah, kecewa!
“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit?
Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit!
Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH
Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit!
Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH
Konflik
mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk
menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia
identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.
Tetapi
adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus
menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang
kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat
kepadanya?
“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
p/s: layan kat tv best jugak..:)
sumber: jomlayanbuku
No comments :
Post a Comment