Semak Pembayaran Duit BR1M 2016



Tarikh Pembayaran Duit BR1M 2016
Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan pengumuman tarikh pembayaran duit BR1M 2016. Rasanya sudah ramai yang tidak sabar dan tertanya-tanya bila duit BR1M 2016 dapat dan masuk akaun.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) akan dimasukkan secara berperingkat kepada pemohon baru dan penerima sedia ada jika permohonan mereka telah diluluskan.



Tarikh Pembayaran BR1M 2016
Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016.
Pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2016.

Berikut adalah ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.

Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online
Pemohon sedia ada yang pernah menerima BR1M wajib membuat kemaskini maklumat peribadi BR1M 2016 di link di bawah.
Cara Pembayaran BR1M 2016
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Pertanyaan @ Soalan
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 anda boleh menghubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga segala maklumat yang diberikan diatas ini berguna untuk semua rakyat Malaysia.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol