Tiada lagi papan poster Nor Shafila







Tiada lagi papan poster Nor Shafila di stesen minyak Shell. Itu yang diputuskan Shell Malaysia susulan tindakan tidak senonoh beberapa lelaki terhadap papan poster memaparkan model Nor Shafila Khairusalleh, 25 di stesen minyak berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Shell berkata, pihaknya memandang serius perkara itu.
“Kami menyedari gambar beberapa individu yang diambil bersama poster promosi dalam keadaan tidak menyenangkan tular di laman sosial.
"Shell Malaysia tidak akan membiarkan perbuatan yang tidak senonoh ini di mana kejadian seperti ini sangat bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini dan nilai yang diterapkan di Shell.
"Pihak kami menggesa kepada pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan imej berkaitan kejadian ini," katanya.
Tinjauan Harian Metro di stesen minyak Shell di sekitar Bangsar mendapati poster berkenaan yang diletakkan di stesen minyak di kawasan itu sudah dibuang sejak beberapa hari lalu.
Perkara itu diberitahu pekerja stesen yang hanya maju dikenali sebagai Ali memaklumkan poster berkenaan tidak lagi boleh digunakan di stesen minyak ini.
"Poster itu sudah tidak ada...sudah buang sejak beberapa hari lalu. Sudah tidak ada apa-apa poster seperti itu diletakkan di sini," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Dalam pada masa sama, lelaki yang dikaitkan dengan kejadian itu tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun... saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell itu.
“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya menerusi paparan skrin akaun Instagram ‘_nasrulazmi’ yang dikongsikan kepada pengguna Facebook Mohd Fadhli Othman yang juga aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia menggunakan nama Mualim Mohd Fadhli, semalam.
Nasrul Azmi berkata, dia berterima kasih di atas kecaman pengguna laman sosial berhubung tindakannya itu kerana ia membuatkan dirinya sedar.
“Semoga Allah dan kamu semua memaafkan kesilapan saya. Terima kasih atas kecaman yang membuatkan saya sedar...
“Sekali lagi, saya Nasrul Azmi memohon maaf kepada semuaaaa, harap perkara ni tidak dibesarkan lagi...Sekian dari saya... selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” katanya.
Sementara itu, Nor Shafila memaklumkan dia sudah memaafkan lelaki berkenaan selepas menerima permohonan maaf daripadanya menerusi mesej yang dihantar di Facebook saya dengan nama Nor Shafila, semalam.
"Saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Siapalah saya untuk menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, lelaki itu yang dikenali dengan nama Nasrul Azmi di Facebook menghantar beberapa mesej memohon maaf kepadanya.
“Saya membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan lagi perkara ini...ni kan raya...,” katanya.
Katanya, pada awalnya dia menganggap kejadian berlaku sebagai positif.
"Saya tidak ambil serius apabila terdapat segelintir individu yang mencium, mencuit hidung atau memeluk saya
tapi apabila ada kalangan individu yang memegang bahagian sensitif di poster memaparkan diri saya itu, ia keterlaluan.
"Saya agak terkejut dengan apa yang berlaku. Bukan apa, bimbang sekiranya ada segelintir pihak yang memberikan persepsi tidak baik. Apatah lagi jika ada individu yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini nanti...malu saya.
“Apa pun, semuanya sudah selesai," katanya.

kredit : Nurul Huda Kosnon
http://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/242058/tiada-lagi-papan-poster-nor-shafila

1 comment :

  1. Kena fikir masak2 sebelum melakukan sesuatu, terutama bila menjadi tular macam ni.

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol