Cara Buat Semakan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD)
Jika pada mulanya anda perlu beratur di kaunter Wang Tak Dituntut9WTD) untuk membuat semakan, tetapi selepas ini anda boleh menyemak status anda hanya dihujung jari sahaja.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.
“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM
“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.
Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.
Dilihat keputusan pihak JANM adalah satu keputusan yang tepat. Ini adalah bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk rakyat Malaysia dan kerani di JANM.
No comments :
Post a Comment