Ask Ziggy, Pesaing SIRI Untuk Windows Phone 7

Sebelum ini, kami pernah berkongsi dengan para pembaca aplikasi mirip SIRI yang telah dibangunkan untuk peranti Android, iaitu Iris dan Spektoit Assistant. Kini, melalui sebuah video yang telah diperlihatkan, ianya memaparkan demo sebuah aplikasi untuk Windows Phone 7 yang mempunyai fungsi seakan-akan mirip SIRI ciptaan syarikat Apple.
Aplikasi yang diberi nama Ask Ziggy ini telah dibangunkan oleh Shai Leib dan boleh digunakan secara percuma. Untuk demostrasi penuh keupayaan aplikasi Ask Ziggy ini, para pembaca boleh menonton video ringkas di bawah. Ianya sangat menakjubkan dan versi terbaru aplikasi ini dijangkan akan dikeluarkan dalam beberapa hari sahaja lagi.
Selain daripada itu, Google juga dilaporkan sedang membangunkan Majel, sebuah aplikasi yang dijangka mempunyai fungsi seperti SIRI. Dengan teknologi seperti SIRI, kami menjangkakan banyak lagi teknologi yang lebih bagus akan dihasilkan pada masa hadapan.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol