Jumlah Followers Twitter PM Lepasi 400,000 Orang



KUALA LUMPUR – Jumlah pengikut (followers) laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi jumlah 400,000 orang.

Ia merupakan jumlah tertinggi berbanding semua ahli politik berpengaruh di negara ini.
Dalam Tweetnya, Najib mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pengikut beliau.
“Diharap interaksi kita akan berterusan,” katanya.
Selain itu, dalam tweet yang seterusnya, beliau berjanji akan berusaha lebih gigih untuk rakyat dan negara ini.
Laman Twitter milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar paling hebat kepada Perdana Menteri itu hanya mempunyai seramai 126,231 orang followers sahaja.
Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula memiliki seramai 48,675 orang followers setakat petang ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz pula lebih ramai pengikut di laman Twitternya berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengumpul seramai 30,509 orang dan Presiden PAS itu hanya mempunyai 11,665 pengikut sahaja.
Begitu juga dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berjaya mengalahkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan jumlah pengikut seramai 36,027 berbanding isteri Anwar itu yang hanya memiliki 13,108 followers di Twitter masing-masing.
Laman Twitter merupakan antara medium komunikasi paling popular di Malaysia selain Facebook yang banyak digunakan ahli politik untuk berhubung secara ringkas dengan rakyat negara ini.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol