Pelakon cantik jelita Neelofa


Noor Neelofa Mohd Noor. Cantik, bijak, popular dan diulit kehidupan serba indah. Pendek kata, hidupnya umpama alam fantasi, si puteri dilimpahi kemewahan dan kasih sayang tidak bertepi.
Lebih indah apabila pembabitan dalam dunia peragaan menampakkan sinar. Dalam tempoh yang singkat, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjadi sebutan ramai. Masing-masing memuji dia pendatang baru yang punya pakej lengkap dan berpotensi besar sebagai pelapis heroin sedia ada.
Mendekati bintang muda ini, dia meluahkan rasa syukur dilahirkan dalam keluarga besar yang memahami dan menyokong minatnya terhadap dunia seni. Dorongan dan restu ayah bonda menjadi azimat dalam setiap langkahnya. Kata-kata semangat dan sikap ringan tulang adik-adik beradiknya menjadi inspirasi dalam memacu impiannya.
“Alhamdulillah, saya menikmati kehidupan yang indah. Punya ibu bapa yang penyayang, dikelilingi enam adik beradik perempuan dan dua lelaki, perjalanan saya dalam dunia lakonan serta peragaan dipermudahkan.
“Apa yang boleh saya katakan, hidup ini seistimewa nama diberikan oleh ibu, Noor Neelofa yang bermaksud cahaya bunga biru. Nama ini unik daripada adik beradik lain di mana ia nama orang Iran.
“Saya sudah biasa berdikari dari kecil, malah sejak di bangku sekolah saya mahu penuhi segala harapan ibu bapa dan berazam membalas jasa mereka. Ketika itu saya tidak ada duit dan kudrat tenaga pun kurang, jadi sebagai balasan saya berusaha menggembirakan dua insan tersayang ini melalui keputusan pelajaran saya. Alhamdulillah, saya dapat puaskan hati mereka dengan menghadiahkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)



Neelofa kini aktif berlakon drama dan filem Azura 2011 dia menjadi heroin bersama pelakon kacak Shah Jaszle  bakal ditayangkan di pawagam pada 2.2 2012. Bakat lakonan Neelofa sekarang makin kerap dicungkil dalam drama, antara lakonannya dalam Pusing Raya, dan Jiwa dan Lara yang sekarang di tv3. Digosipkan bercinta dengan Shah Jaszel dulu namun Neelofa menafikan gosip tu.

Biodata Lengkap Neelofa
Nama Penuh: Noor Neelofa Binti Mohd Noor

Asal: Pasir Mas, Kelantan

Tarikh Lahir: 10 Feb 1989

Tinggi: 158cm

Berat: 47kg

Pendidikan: Bachelor Of Business in International Trade & Marketing

Anak ke Berapa: Ke-3 dari 9 adik beradik

Idola: Niq Afnan



kredit: wowberita.com

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol