Latiff Ibrahim Meninggal Dunia



Berita sedih buat seluruh Malaysia petang ini apabila penyanyi era 80′an, Latiff Ibrahim hembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi di’sisi keluarga tercinta.

Pada 18 Disember 2011 yang lalu, Latiff Ibrahim telah di’kejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada akibat serangan sakit jantung.
Perkhabaran terakhir yang kami terima adalah Latiff Ibrahim terus bernafas atas bantuan talian hayat (life support) dan keluarga beliau sejak beberapa minggu lalu ada menyuarakan hasrat menamatkan penderitaan artis veteran ini.


Allahyarham Latiff Ibrahim meninggal dunia sekitar jam 6 petang tadi dan akan dikebumikan di AU3 Keramat pada jam 8 malam ini. Jenazah dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN). 

Penyanyi yang juga pelakon ini kali terakhir muncul bersama filem 4 Madu di sekitar tahun 2010 & berusia 62 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir beliau.

Al-fatihah.




No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol