PANAS: Kontroversi Aliff Aziz dan Zarina Anjoulie.



Zarina Anjoulie atau nama barunya, Zarina Lavocah sememangnya tidak lekang dari kontroversi yang ‘panas-panas’, dari satu kisah ke satu kisah yang lain.

Terbaru, tiada angin tiada ribut, Zarina telah mendakwa penyanyi Singapura yang baru menetap di Malaysia, Aliff Aziz ‘telah melakukan sesuatu’ .
Ia dinyatakan di laman Twitter miliknya.
Dalam twitter tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih di atas ‘penipuan’ yang telah dilakukan oleh Aliff  terhadap dirinya.
Malah, Zarina juga meminta Aliff tampil memohon maaf kepada dirinya secara peribadi dan mengatakan pihak media pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku.




Persoalannya, apakah yang telah Aliff lakukan terhadap dirinya?
Memang sudah menjadi tradisi dalam industri seni untuk setiap artis menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mereka meluahkan apa sahaja termasuklah kata-kata kesat, kemarahan, makian dan sebagainya.
Bagaimanapun, terpulang untuk peminat-peminat memberikan andaian sendiri tentang kesahihan berita itu memandangkan pihak Aliff  seperti tidak ambil pusing kisah dakwaan tersebut.
Apa-apa pun, hanya Zarina dan Aliff Aziz sahaja yang tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku…pada malam itu! - Oleh Naimah Shaari

1 comment :

  1. follow back ea gan q wes follow.... q tggu follow backnya gan ok......

    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol