Adam jumpa PM Datuk Seri Najib Tun Razak



PUTRAJAYA - Hasrat kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah tumor saraf tulang, Adam Akbar Mohamed Ali, 10, untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan bersejarah bagi Adam itu, yang berlangsung di sini tengah hari ini, Perdana Menteri berkata, secara peribadi beliau bersedia untuk membantu keluarga berkenaan dari segi urusan visa.

Adam akan berlepas ke Amerika Syarikat pada 15 Jun ini untuk menjalani pembedahan lima hari selepas tiba.
Masalah dialami Adam disiarkan oleh Sinar Harian sebelum ini.
Dalam pertemuan di pejabatnya, di tingkat lima, Bangunan Perdana Putra itu, Adam lebih banyak mendiamkan diri dan tersenyum setiap kali menjawab soalan berkenaan kesihatannya.

Najib yang berulang kali dilihat sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada Adam jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang begitu mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub pada mulanya memberikan penerangan ringkas kepada Najib mengenai keadaan Adam sebelum Adam memberikan kad ucapan kepada beliau.

Sebelum itu, Adam berhasrat bertanyakan beberapa soalan kepada idolanya itu, antaranya perasaan Najib sebagai Perdana Menteri?
Bagaimanapun, Adam tergamam seketika apabila bersemuka dengan Najib.
Adam berkata, perasaannya amat seronok apabila dapat berjumpa dengan idolanya itu.

"Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri banyak memberikan Adam kata-kata semangat untuk menjalani pembedahan.
"Saya rasa sungguh bertuah dalam berjumpa PM, lebih lagi sudi menerima lawatan saya sekeluarga ke pejabatnya," katanya kepada Sinar Harian

sumber: sinarharian.com.my

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol