Artis baru Ainan Tasneem


Melihat imejnya yang bertudung dan sering bertemankan gitar sewaktu menyanyi menyebabkan pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.

Tambahan pula, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut.

Enggan dikatakan meniru gaya sesiapa, penyanyi yang muncul dengan single pertamanya, Aku Suka Dia ini menganggap kemunculannya menyanyi bersama gitar sebagai satu kebolehan ekoran minatnya yang mendalam terhadap muzik. B

Bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun ini, tidak mahu menjadikan gitar sebagai identiti dirinya setiap kali mengadakan persembahan.

“Bermain gitar merupakan satu kebolehan yang Ainan ada, namun tidak bermakna setiap kali mengadakan persembahan Ainan akan turut bermain gitar.
“Sebenarnya, Ainan memilih untuk belajar bermain gitar kerana ia senang dibawa dan dipelajari. Tambahan pula, Ainan hanya belajar kod asas gitar sendiri melalui Youtube,” katanya yang mula mempelajari gitar pada usia 17 tahun.
Justeru itu, penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses dari Universiti Malaysia Perlis ini mengambil keputusan untuk belajar bermain gitar selepas didorong oleh seorang rakannya yang mencadangkan untuk mula belajar gitar dengan memainkan lagu The Only Exception dari kumpulan Paramore.
“Pada awal belajar bermain gitar, Ainan akui sedikit sukar kerana hanya bergantung melalui Youtube sahaja. Malah, sepanjang belajar jari-jari Ainan luka kerana sering memetik gitar.
“Abang Ainan pula asyik mengusik dengan mengatakan perempuan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, selepas sakit-sakit pasti akan berhenti bermain. Jadi, Ainan anggap kata-kata abang sebagai cabaran untuk Ainan betul-betul pandai bermain gitar,” katanya yang mengambil masa selama dua minggu untuk mempelajari kod asas gitar.

Minat irama balada
Biarpun sering memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikan sambil bermain gitar, namun Ainan sebenarnya lebih cenderung menggemari muzik irama balada.
Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, salah satu alasannya untuk tidak menggunakan gitar sebagai identiti diri adalah kerana dia ingin mencuba menghasilkan lagu balada.
Ainan berharap dapat menghasilkan lagu baladanya sendiri atau menerima tawaran untuk menyanyikan lagu balada kerana itu minatnya.


Jom layan lagu single  Ainan

Aku Suka Dia by Ainan Tasneem 





sumber: sinarharian.com.my&  youtube

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol