Euro:Sweden dan Perancis




SWEDEN mempamerkan aksi cemerlang apabila menghadiahkan kemenangan sebelum pulang daripada kejohanan edisi kali ini apabila menundukkan Perancis 2-0 di Stadium Olimpik.

Gol-gol Sweden dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-54 dan Sebastian Larsson pada waktu kecederaan sebelum tamat perlawanan.
Pasukan Les Blues gagal untuk memanfaatkan peluang untuk menjuarai kumpulan dan menyaksikan England menjuarai kumpulan selepas menewaskan tuan rumah, Ukraine 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney.
Dalam pada itu, Perancis tetap layak selepas mengutip lima mata iaitu tempat kedua dibelakang England yang mengumpul tujuh mata.
Pada pusingan kalah mati nanti, Perancis akan berdepan misi getir apabila bertemu juara bertahan, Sepanyol pada 24 Jun ini.
Ini merupakan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan D saingan Euro 2012, sebelum pusingan suku akhir membuka tirainya pada 22 Jun yang menyaksikan Republik Czech menentang Portugal.

Untuk rekod, Sweden telah bertemu dengan Perancis sebanyak 17 kali dimana mereka menang empat kali, seri lima kali dan tewas sebanyak lapan kali.

Pertemuan kali terakhir mereka ialah pada aksi persahabatan pada Ogos 2008 yang menyaksikan Perancis menewaskan Sweden 3-2.
Sekilas fakta perlawanan:
Keputusan semasa: (2) Sweden (0) Perancis
Penguasaan bola: (43%) Sweden (57%) Perancis
Percubaan ke gawang: (12) Sweden (24) Perancis
Sepakan sudut: (2) Sweden (8) Perancis
Kad kuning: Anders Svensson, Samuel Holmen (Sweden); Phillipe Mexes (Perancis)


Senarai pemain Sweden:

1. Andreas Isaksson
3. Olof Melberg
4. Andreas Granqvist
5. Martin Olsson
13. Jonas Olsson
7. Sebastian Larsson
8. Anders Svensson
9. Kim Kallstrom
19. Emir Bajrami
10. Zlatan Ibrahimovic (k)
20. Ola Toivonen


Senarai pemain Perancis:

1. Hugo Lloris (k)
2. Mathieu Debuchy
4. Adil Rami
5. Phillipe Mexes
22. Gael Clichy
7. Franck Ribery
11. Samir Nasri
17. Yann M'Villa
18. Alou Diarra
20. Hatem Ben Arfa
10. Karim Benzema


kredut: sinarharian

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol