AJL27: Senarai 6 lagu terbaik pusingan kedua




ENAM lagi lagu yang dipertandingkan pada pusingan kedua Separuh Akhir Muzik Muzik diumumkan mendapat markah tertinggi untuk ke peringkat penilaian juri Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), malam ini.

Lagu-lagu itu ialah Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees), Lagu (Bedroom Sanctuary), Terukir Di Bintang (Yuna), Tanpamu (Amir Jahari), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira) serta Tapi Bagaimana (Spider).

Minggu lalu, enam lagu diumum mendapat markah tertinggi dalam peringkat pertama iaitu Idola (Azlan and The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Cerita Dia (Drama Band), Kasanova (Stacy), Watak (Hafiz) dan Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar).

Hanya 12 lagu layak ke peringkat akhir AJL27.

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol