Siti nafi Datuk K patah kaki, tidak boleh jalan



PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menafikan laporan akhbar tempatan kononnya suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak boleh bergerak berikutan kemalangan yang dialaminya minggu lalu.


Melalui laman mikro, Twitter miliknya, Siti Nurhaliza menulis bahawa Datuk K tidak patah kaki dan boleh berjalan.

“Tidak berapa tepat laporan ini... tidak patah kaki dan boleh berjalan,” tulisnya ringkas kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Khamis lalu, Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Beliau dikhabarkan mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi oleh anak lelakinya Muhammad Azief melalui laman Twitter.

Datuk K selamat menjalani pembedahan yang dikatakan mengambil masa lapan jam, semalam.

p/s: 5 benda yang anda patut tau.  

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol