Rosyam Nor beli Mclaren MP4-12 ?





Menerusi sebuah blog hiburan, dilaporkan pengarah dan pelakon berbakat besar, Rosyam Nor telah membeli sebuah kereta mewah Mclaren MP4-12 seperti yang digunakan di dalam sukan Formula 1.

Gambar yang diambil itu seperti menunjukkan Rosyam berada di sebuah perkarangan rumah.
Tidak dinyatakan maklumat lanjut mengenai perkara ini, tetapi tidak mustahil juga untuk Rosyam membeli kereta berkenaan.
Nampaknya rezeki Rosyam semakin melimpah ruah terutamanya apabila drama arahannya Setia Hujung Nyawa mendapat perhatian ramai.




Menerusi Kosmo, Rosyam, 46, menyatakan, “Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya.
“Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut,” katanya.
Sebaliknya pelakon dan penerbit itu menjelaskan kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
Nampaknya tuan punya badan sudah pun membuka mulut memberi keterangan sebenar mengenai status kereta mewah tersebut.
Diharapkan semua pihak tidak terus membuat bermacam-macam spekulasi selepas mendengar penjelasan aktor tersebut.

No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol