JUARA MIMPI KE BINTANG WAN RUL PUPPET BAWA PULANG RM50 RIBU




Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, kedua-duanya berumur 24 tahun dan berasal dari Sabah, membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

KEBOLEHAN mengolah suara menerusi boneka membolehkan pasangan kembar Wan Rul Puppet menjuarai program pencarian bakat, Mimpi Ke Bintang.

   
Mohd Syazwan Nizam Matusin dan Mohd Syazrul Nizam Matusin, kedua-duanya berumur 24 tahun dan berasal dari Sabah, membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
   
Tempat kedua dimenangi kumpulan tarian 'Roku Steps' yang menambah unsur tari gaya bebas dan dramatik serta penggunaan api dalam persembahan bagi membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.
   
Pemuzik yang terdiri daripada enam  beradik berumur 10 hingga 17 tahun pula memenangi tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM20,000 beserta trofi.
   
Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D'Cruz.
   
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Nirliza Rofli dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail.
   
Program pertandingan pencarian bakat dalam pelbagai kategori, antaranya silap mata, kebolehan luar biasa serta meniru bunyi itu dianjurkan JKKN dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Bernama


No comments :

Post a Comment

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol